Monday, 9 September 2013

MENGKUANG DAN KEGUNAANNYA



Dulu masa zaman kanak-kanak pokok mengkuang memang jadi mainan. Pokok ni memang banyak kat kampung tapi sekarang ni di kampung pun susah nak tengok pokok mengkuang ni. Kenangan zaman kanak-kanak dulu kira pernah la tolong  tok raut duri mengkuang dan jemur daun mengkuang...lepas tu sibuk mengayam pulak tapi last sekali ke marah.... kalau diingat memang besttt. Sekarang nak sendiri pun tak pernah tengok dan kenal.

Pokok mengkuang adalah sejenis tumbuhan pandan besar yang semakin terpinggir sekarang.  Bahan ayng dihasilkan daripadanya  mengkuang hanyalah untuk perhiasan dan kraftangan tradisi sahaja.  Daunnya panjang hampir dua meter dan berduri.  Ia hidup subur di tanah lembap.

Mengkuang biasanya dijadikan tikar, pelapik tidur, tudung saji. bakul anyaman, beg tangan dan berbagai hiasan lain setelah dianyam dengan berbagai bentuk. Melihat anyaman tikar, bakul ataupun tudung , ia adalah satu anyaman yang unik yang sebarangan orang mampu melakukannya.

Orang dahulu menjadikan daun mengkuang sebagai tikar.  Jika duduk diatasnya ia sejuk. Tapi sekarang ini mengkuang hanya dijadikan barang hiasan apabila dianyam dengan pelbagai bentuk.  Mengayam tikar memerlukan kemahiran yang lembut dan kreatif.  Tidak semua orang tahu mengayam mengkuan lebih-lebih lagi apabila hendak membentuk menjadi ragi tikar. Menganyam perlu kreatif, berseni, tekun dan sabar.

Proses menghasilkan tikar mengkuang:
1.  Mengkuang dipotong pada bahagian hujungnya.  Buang duri dan tulang daun.
2.  Belahan daun mengkuang dijalurkan mengikut lebar yang dikehendaki dengan menggunkan jangka (jangat). jangka sejenis pisau kecil dibuat daripada serpihan tin. Pemegangnya dari buluh atau kayu.
3.  Layur daun mengkuang.
4. Kemudian rendam dalam air dua atau tiga hari.
5.  Selepas itu daun dijemur hingga kering.

                                                             




                                                               tikar  mengkuang


No comments:

Post a Comment