berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu bapa,
kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa
ketika kamu meningkat dewasa
kasih mereka terhadap anak adalah kasih
dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.
kasihi keluargamu,
kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu
dan atk mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun
bagai air dicincang yang tidak akan putus
berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga
kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga kamu
dari itu, sayangkan dirimu
cintai allah dan kasihi akan rasul-Nya
kerana tidak dijadikan kekasih-Nya,
Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam
berpegang teguh pada keimanan
yang kamu tanamkan
ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut
kerana itu adalah satu-satunya
keselamatan di dunia dan di akhirat
semoga Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya
yang khusyu dalam menyintai-Nya
No comments:
Post a Comment