Tabika kemas banyak mengadakan program untuk kanak-kanak. Tidak ketinggalan anakku terpilih menyertai pasukan kompang di tabikanya ( Tabika Kemas Taman Sayang). Muhammad Wafi anakku sering mengadu " sakit tangan fi dok tepuk kompang". tapi ternyata dia gembira. Tanggal 29.9.2012 pertandingan peringkat negeri di adakan di SMK Sungai Laryar , Sungai Petani. Meskipun tidak mendapat tempat namun memberi pengalaman baru bagi anak-anak kumpulan kompang ini. Syabasssssss. susulan daripada tu, kumpulan kompang tbk Taman Sayang dikehendaki menyambut tetamu semasa hari konvokesyen tabika Parlimen Kuala Kedah. Amat membanggakan selepas sambutan tersebut mereka dijemput pula untuk mengiringi pengantin perkahwinan di seberang perak pada 17 november 2012. bagussssnya pencapaian kumpulan kompang ni. Mama wafi dapat RM 11. Seronoknya dia mereka di bayar semasa mengiringi pengantin. Moga bakat anak-anak ini dpt dikembangkan di sekolah rendah nanti.
persembahan bermula
bersemangat anak-anak ini
inilah dia muhammad wafi
dah selesai persembahan
muhammad wafi abu bakar. tahniah
Friday, 19 October 2012
Tuesday, 16 October 2012
KURSUS MUZIK TAHUN 3
Alhamdulilillah tamat sudah kursus untuk hari ni. tiga hari bersama kawan-kawan menimba ilmu untuk mengajar muzik tahun depan. Menariknya kursus dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah sampai tamat tingkatan 6. Macam re-union la pulak. Bukan senang kami nak bersama dalam kursus ni. Apa pun terima kasih semua JU. Segala ilmu akan digunakan sebaik mungkin.
ni la kawan-kawan lama tu. Jamaliah, Hamishah dan Rosmiza.
haha.. tumpang aura JU bersama Jamaliah, Munirah, Zarina dan Lean
Monday, 24 September 2012
KEJORA DILANGIT CINTA
Dua minggu lepas baru saja menghabiskan bacaan novel ni. Menarik karaya anis ayuni ni n aku pun memang minat dengan novel-novel dia. tapi peliknya aku bila baca karyanya aku ingin dapatkan sesuatu yang dibaca tentang novel itu. dulu masa baca novelnya berjudul saat aku kata cinta teringin sangat nak dapatkan minyak wangi miracle. akhirnya dapat juga meskipun bukan di kota london hehe..sekarang novel ni baju batik la pulak. tup-tup sekolah buat rombongan p kelantan dan terengganu. sooo aku harap lepas joint rombongan cik kiah ni dapat la walau sepasang..
BENGKEL DAN KURSUS
Dah agak lama LDP tak diadakan. ha .. sekarang ni pulak musim cikgu-cikgu pi berkursus. So banyaklah maklumat yang hendak disampaikan. tapi bila buat lepas habih waktu sekolah ni tumpuan tu kurang la. cikgu-cikgu marah bila mengajar anak murid bercakap atau bising. hah sekarang dapat terbalik jadi kat cikgu pulak.. tapi apa nak dikata bukan tak faham.... namun sedikit sebanyak dapatlah ilmu buat aku... itu yang pentinggggggg
Monday, 16 July 2012
9 M- ILMU
MENCARI ilmu setiap masa
MEMAHAMI ilmu satu nikmat
MENGHAYATI ilmu bagi penilaian
MENGAMAL ilmu untuk menuju kesempurnaan
MEMAJUKAN ilmu supaya terkini
MENYEBARKAN ilmu kepada masyarakat
MENGAPLIKASIKAN ilmu untuk memajukan negara
MELALUI ilmu mengenal diri
MENGGUNAKAN ilmu mengenal ALLAH

Wednesday, 13 June 2012
MENDIDIK dan DIDIDIK
Menuntut ilmu itu satu kemestian
Menerima ilmu itu satu pilihan
Memberi ilmu itu satu kebaktian
Mengamal ilmu itu satu kesepaduan
Belajar itu satu perjalanan
Mengajar itu satu kesenian
DIDIDIK itu satu pengharapan
MENDIDIK itu satu keindahan
sumber: belajar untuk berjaya
Menerima ilmu itu satu pilihan
Memberi ilmu itu satu kebaktian
Mengamal ilmu itu satu kesepaduan
Belajar itu satu perjalanan
Mengajar itu satu kesenian
DIDIDIK itu satu pengharapan
MENDIDIK itu satu keindahan
sumber: belajar untuk berjaya
Thursday, 7 June 2012
SELERA MAKANAN BELAJAR UNTUK KEJAYAAN
Bernasikan amanah dalam segala niat dan perlakuan
Berlaukkan bijaksana semasa membuat keputusan
Berkuahkan cergas dari aspek aktiviti jasmani
Bersambalkan dedikasi dalam kerja harian
Berulamkan elok pada lahiriah
Bersayurkan faham sebagai seorang pelajar
Bertumiskan gigih bagi melaksanakan tugas
Berencahkan hasrat untuk kejayaan di dunia dan akhirat
Beresepikan Iman dan Islam sebagai cara hidup
dipetik dari: BELAJAR untuk BERJAYA

Sunday, 3 June 2012
MUTIARA NASIHAT
JADIKANLAH MASA YANG BERLALU ITU PENGALAMAN DAN PENGAJARAN,
MASA YANG SEDANG BERJALAN KITA ISI DENGAN AMALAN,
DAN MASA HADAPAN JANGAN TERLALU DIANGAN-ANGANKAN
BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK ADALAH SUATU KEBIJAKSANAAN,
BERFIKIR SELEPAS BERTINDAK ADALAH SUATU KEBODOHAN
BERTINDAK TANPA BERFIKIR ADALAH SERIBU KEBODOHAN
KEKAYAAN YANG PALING KAYA IALAH AKAL,
KEMISKINAN YANG PALING BESAR IALAH BODOH,
KEBURUKAN YANG PALING BURUK IALAH TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI,
DAN SEMULIA-MULIA KELAKUAN IALAH AKHLAK YANG BAIK.
SEMAKIN BANYAK ANDA MENGETAHUI,
MAKA ANDA SEMAKIN PANDAI.
SEMAKIN BANAYK PENGETAHUAN ANDA,
AKAN SEMAKIN BANYAK YANG ANDA HASILKAN

Sunday, 27 May 2012
SEKADAR RENUNGAN
berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu bapa,
kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa
ketika kamu meningkat dewasa
kasih mereka terhadap anak adalah kasih
dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.
kasihi keluargamu,
kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu
dan atk mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun
bagai air dicincang yang tidak akan putus
berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga
kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga kamu
dari itu, sayangkan dirimu
cintai allah dan kasihi akan rasul-Nya
kerana tidak dijadikan kekasih-Nya,
Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam
berpegang teguh pada keimanan
yang kamu tanamkan
ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut
kerana itu adalah satu-satunya
keselamatan di dunia dan di akhirat
semoga Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya
yang khusyu dalam menyintai-Nya

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasullulah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama....
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasululah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan....
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga....
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggal suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar.....
Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

Subscribe to:
Posts (Atom)