Saturday, 2 November 2013

CONTOH PERATURAN BILIK DARJAH


Semasa sibuk mencari bahan untuk membuat kerja kursus terjumpa dengan bahan rujukan ini.  Sangat menarik buku ini. Jadi terasa ingin menulis di blog ini.

Di sini terdapat beberapa contoh peraturan yang mungkin boleh digunakan dalam setiap bidang utama:

KOMUNIKASI

  • Kami akan bercakap dengan perlahan ketika membuat tugasan.
  • Apabila hendak mengajukan soalan, kami akan mengangungkat tangan dan menunggu giliran.
  • Kami tidak akan bercakap ketika guru sedang mengajar.
  • Kami akan menggunakan bahasa yang baik.
  • Kami akan membenarkan semua orang belajar dan membantu antara satu sama lain.
  • Kami akan menghormati hak guru untuk mengajar.
  • Semasa belajar, kami akan membuat tugasan dengan senyap, saling menolong, dan berkongsi kelengkapan.
  • Kami akan menghormati pandangan orang lain.
  • Kami akan menurut arahan.

PERGERAKAN

  • Jika perlu meninggalkan tempat duduk, kami akan meminta kebenaran guru dengan mengangkat tangan dan menunggu sehingga mendapat kebenaran.
  • Kami hanya akan meminta kebenaran untuk meninggalkan tempat duduk jika perlu.
  • Ketika meninggalkan tempat duduk, kami akan bergerak dengan agar tidak menggangu orang lain.
PENYELESAIAN MASALAH PERIBADI


  • Jika kami mempunyai masalah dengan seseorang, kami akan cuba menyelesaikannya sendiri dengan segera dan tenang.
  • Jika kami tidak dapat menyelesaikan amsalah seperti ini, kami akan meminta bantuan guru.
  • Kami akan menyelesaikan masalah tanpa menggunakan perkataan kesat, kekerasan atau keganasan.
LAYANAN-TATAKELAKUAN

  • Kami akan cuba melayan semua orang dengan adil.
  • Kami tidak akan mengulas tentang paras rupa atau pakaian
  • Kami akan menghormati rumah, agama, dan negara kelahiran masing-masing.
  • Kami akan menjaga tingkah laku dan semua barang milik kami.
KESELAMATAN

  • Kami akan berjalan dan tidak berlari di sekeliling bilik darjah.
  • Kami akan menjaga dan memulangkan semua kelengkapan yang dipinjam

Dipetik dari: 101 Senarai Penting Menguruskan Tingkah Laku di Sekolah Rendah

Saturday, 19 October 2013

KEMBARA PAK BARA

Tiba-tiba jiran telefon ajak pi jalan-jalan kat Pak Bara.  Suami bagi tahu. Di mana tu. Ha? Thailand . Ingat kat Malaysia tapi tak pernah dengar pun. Dipendekkan cerita Ahad 15.9.2013 kelam kabut buat border nak pergi Pak Bara.  Disebabkan dah lewat terpaksalah masuk ikut sempadan Padang Besar.  Sebenarnya kalau pergi ikut Wang Kelian dekat sikit.  Bertolak dari rumah sekitar pukul 5 petang dan melintasi sempadan pukul 7 malam akhirnay sampai  la dekat  Pak Bara pukul 10 malam. Risau juga la dengan baby yg masih kecil tu.  Baru 3 bulan.  Sampai makan-makan dan sang suami pergi cari resort untuk bermalam.  Sebenarnya kami konvoi 3 keluarga.  Bermalam di Pak bara Resort. Ok jugak la.  Esknya awal-awal pagi dah pergi pantai. Sebelum tu masa sarapan tengok budak-budak kat sana dah pukul lapan baru nak p sekolah.  la rupanya kalau ikut jam Thailand baru pukul 7. Patutlah matahari dah tinggi baru tunggu bas. Seronok anak-anak dapat mandi laut walaupun tak secantik Kerabi.  Tapi anak-anak tetap seronok.  Makan tengah hari pula di Kuala Bara Seafood. sedappppppp makanannya. yang penting taukenya pandai cakap Melayu.  Layanannya kelas A.  Kemudian lepas makan tengah hari lebih pukul 2 petang pergi pula Hatyai.  Jarak perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. Letih juga.  Menariknya di Hatyai nak pergi shopping susah nak park kereta. Jd transit  kereta kat Home Pro , lepas tu naik tut-tut. Masa pergi naik 2 tut-tut tapi masa balik naik 19 orang satu tut-tut. bayangkannn. Dari Hatyai bergegas pula ke Danok sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam. Dah pukul sepuluh . Kalut la nak balik Malaysia takut tutup pulak pintu sempadan.

Di hadapan Pak Bara Resort





                                                     
                                                       Di depan chalet tidur lena malam tadi letihhhhhh




Penumpang tut-tut- sebahagian daripada penumpang yang 19 orang tu

Monday, 9 September 2013

MENGKUANG DAN KEGUNAANNYA



Dulu masa zaman kanak-kanak pokok mengkuang memang jadi mainan. Pokok ni memang banyak kat kampung tapi sekarang ni di kampung pun susah nak tengok pokok mengkuang ni. Kenangan zaman kanak-kanak dulu kira pernah la tolong  tok raut duri mengkuang dan jemur daun mengkuang...lepas tu sibuk mengayam pulak tapi last sekali ke marah.... kalau diingat memang besttt. Sekarang nak sendiri pun tak pernah tengok dan kenal.

Pokok mengkuang adalah sejenis tumbuhan pandan besar yang semakin terpinggir sekarang.  Bahan ayng dihasilkan daripadanya  mengkuang hanyalah untuk perhiasan dan kraftangan tradisi sahaja.  Daunnya panjang hampir dua meter dan berduri.  Ia hidup subur di tanah lembap.

Mengkuang biasanya dijadikan tikar, pelapik tidur, tudung saji. bakul anyaman, beg tangan dan berbagai hiasan lain setelah dianyam dengan berbagai bentuk. Melihat anyaman tikar, bakul ataupun tudung , ia adalah satu anyaman yang unik yang sebarangan orang mampu melakukannya.

Orang dahulu menjadikan daun mengkuang sebagai tikar.  Jika duduk diatasnya ia sejuk. Tapi sekarang ini mengkuang hanya dijadikan barang hiasan apabila dianyam dengan pelbagai bentuk.  Mengayam tikar memerlukan kemahiran yang lembut dan kreatif.  Tidak semua orang tahu mengayam mengkuan lebih-lebih lagi apabila hendak membentuk menjadi ragi tikar. Menganyam perlu kreatif, berseni, tekun dan sabar.

Proses menghasilkan tikar mengkuang:
1.  Mengkuang dipotong pada bahagian hujungnya.  Buang duri dan tulang daun.
2.  Belahan daun mengkuang dijalurkan mengikut lebar yang dikehendaki dengan menggunkan jangka (jangat). jangka sejenis pisau kecil dibuat daripada serpihan tin. Pemegangnya dari buluh atau kayu.
3.  Layur daun mengkuang.
4. Kemudian rendam dalam air dua atau tiga hari.
5.  Selepas itu daun dijemur hingga kering.

                                                             




                                                               tikar  mengkuang


BERHARI RAYA DI KAMPUNG

raya tahun ni di sambut dengan kedatangan ahli keluarga baru. dapat duit raya sakan la dia. tapi tak dapat nak ronda kampung . so kakak  saja la yang pergi beraya dengan sepupu mereka


baju merah nur balqis, ahmad danial, kak bee nurnadiah.  belakang izz aisyah and insyirah



kenapa angkat tangan nii...

Wednesday, 6 February 2013

KERJA KURSUS BIG BOOK



 Setelah siap assgment dan exam ni baru sempat nak lihat blog ni.  lama tak update.  setelah mengharungi kuliah dan exam harap-harap asgment ni dapat membantu.  Ini adalah assgment untuk Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak.  Group kami memilih tajuk Sesalan Seekor Arnab .  Alhamdulillah kumpulan saya ada seorang yang berbakat melukis. inilah hasilnya.  Terima kasih kepada semua ahli kumpulan

Friday, 19 October 2012

HARI POTENSI 2012

Tabika kemas banyak mengadakan program untuk kanak-kanak.  Tidak ketinggalan anakku terpilih menyertai pasukan kompang di tabikanya ( Tabika Kemas Taman Sayang).  Muhammad Wafi anakku sering mengadu " sakit tangan fi dok tepuk kompang".  tapi ternyata dia gembira.  Tanggal 29.9.2012 pertandingan peringkat negeri di adakan di SMK Sungai Laryar , Sungai Petani.  Meskipun tidak mendapat tempat namun memberi pengalaman baru bagi anak-anak kumpulan kompang ini. Syabasssssss. susulan daripada tu, kumpulan kompang tbk Taman Sayang dikehendaki menyambut tetamu semasa hari konvokesyen tabika Parlimen Kuala Kedah.  Amat membanggakan selepas sambutan tersebut mereka dijemput pula untuk mengiringi pengantin perkahwinan di seberang perak pada 17 november 2012.  bagussssnya pencapaian kumpulan kompang ni.  Mama wafi dapat RM 11. Seronoknya dia mereka di bayar semasa mengiringi pengantin. Moga bakat anak-anak ini dpt dikembangkan di sekolah rendah nanti.











                                           persembahan bermula                                             

                                            
                                             bersemangat anak-anak ini


                                                              inilah dia muhammad wafi

                                                 dah selesai persembahan

                                                muhammad wafi abu bakar. tahniah

Tuesday, 16 October 2012

KURSUS MUZIK TAHUN 3


 Alhamdulilillah tamat sudah kursus untuk hari ni.  tiga hari bersama kawan-kawan menimba ilmu untuk mengajar muzik tahun depan.  Menariknya kursus dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah sampai tamat tingkatan 6. Macam re-union la pulak. Bukan senang kami nak bersama dalam kursus ni. Apa pun terima kasih semua JU.  Segala ilmu akan digunakan sebaik mungkin.






ni la kawan-kawan lama tu. Jamaliah, Hamishah dan Rosmiza.











haha.. tumpang aura JU bersama Jamaliah, Munirah, Zarina dan Lean