Tabika kemas banyak mengadakan program untuk kanak-kanak. Tidak ketinggalan anakku terpilih menyertai pasukan kompang di tabikanya ( Tabika Kemas Taman Sayang). Muhammad Wafi anakku sering mengadu " sakit tangan fi dok tepuk kompang". tapi ternyata dia gembira. Tanggal 29.9.2012 pertandingan peringkat negeri di adakan di SMK Sungai Laryar , Sungai Petani. Meskipun tidak mendapat tempat namun memberi pengalaman baru bagi anak-anak kumpulan kompang ini. Syabasssssss. susulan daripada tu, kumpulan kompang tbk Taman Sayang dikehendaki menyambut tetamu semasa hari konvokesyen tabika Parlimen Kuala Kedah. Amat membanggakan selepas sambutan tersebut mereka dijemput pula untuk mengiringi pengantin perkahwinan di seberang perak pada 17 november 2012. bagussssnya pencapaian kumpulan kompang ni. Mama wafi dapat RM 11. Seronoknya dia mereka di bayar semasa mengiringi pengantin. Moga bakat anak-anak ini dpt dikembangkan di sekolah rendah nanti.
persembahan bermula
bersemangat anak-anak ini
inilah dia muhammad wafi
dah selesai persembahan
muhammad wafi abu bakar. tahniah
Friday, 19 October 2012
Tuesday, 16 October 2012
KURSUS MUZIK TAHUN 3
Alhamdulilillah tamat sudah kursus untuk hari ni. tiga hari bersama kawan-kawan menimba ilmu untuk mengajar muzik tahun depan. Menariknya kursus dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah sampai tamat tingkatan 6. Macam re-union la pulak. Bukan senang kami nak bersama dalam kursus ni. Apa pun terima kasih semua JU. Segala ilmu akan digunakan sebaik mungkin.

ni la kawan-kawan lama tu. Jamaliah, Hamishah dan Rosmiza.
haha.. tumpang aura JU bersama Jamaliah, Munirah, Zarina dan Lean
Subscribe to:
Posts (Atom)