Wednesday, 13 June 2012

MENDIDIK dan DIDIDIK

Menuntut ilmu itu satu kemestian
Menerima ilmu itu satu pilihan
Memberi ilmu itu satu kebaktian
Mengamal ilmu itu satu kesepaduan


Belajar itu satu perjalanan
Mengajar itu satu kesenian
DIDIDIK itu satu pengharapan
MENDIDIK itu satu keindahan

sumber: belajar untuk berjaya

Thursday, 7 June 2012

SELERA MAKANAN BELAJAR UNTUK KEJAYAAN

Bernasikan amanah dalam segala niat dan perlakuan
Berlaukkan bijaksana semasa membuat keputusan
Berkuahkan cergas dari aspek aktiviti jasmani
Bersambalkan dedikasi dalam kerja harian
Berulamkan elok pada lahiriah
Bersayurkan faham sebagai seorang pelajar
Bertumiskan gigih bagi melaksanakan tugas
Berencahkan hasrat untuk kejayaan di dunia dan akhirat
Beresepikan Iman dan Islam sebagai cara hidup


dipetik dari:  BELAJAR untuk BERJAYA

Sunday, 3 June 2012

MUTIARA NASIHAT

JADIKANLAH MASA YANG BERLALU ITU PENGALAMAN DAN PENGAJARAN, 
MASA YANG SEDANG BERJALAN KITA ISI DENGAN AMALAN,
DAN MASA HADAPAN JANGAN TERLALU DIANGAN-ANGANKAN


BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK ADALAH SUATU KEBIJAKSANAAN,
BERFIKIR SELEPAS BERTINDAK ADALAH SUATU KEBODOHAN
BERTINDAK TANPA BERFIKIR ADALAH SERIBU KEBODOHAN


KEKAYAAN YANG PALING KAYA IALAH AKAL,
KEMISKINAN YANG PALING BESAR IALAH BODOH,
KEBURUKAN YANG PALING BURUK IALAH TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI,
DAN SEMULIA-MULIA KELAKUAN IALAH AKHLAK YANG BAIK.


SEMAKIN BANYAK ANDA MENGETAHUI,
MAKA ANDA SEMAKIN PANDAI.
SEMAKIN BANAYK PENGETAHUAN ANDA, 
AKAN SEMAKIN BANYAK YANG ANDA HASILKAN